419 individu ditahan Op Tapis Khas SeMalaysia di Pahang - Utusan Malaysia

419 individu ditahan Op Tapis Khas SeMalaysia di Pahang

YAHAYA Othman menunjukkan lokasi-lokasi Op Tapis Khas SeMalaysia di negeri ini dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang berjaya menahan 419 orang termasuk 17 wanita atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis Khas SeMalaysia negeri ini yang diadakan selama tiga hari bermula 10 Julai lalu dan berakhir semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada individu berusia antara 18 tahun hingga 60 tahun.

“Menerusi tangkapan itu, seramai 43 orang merupakan pengedar atau tokan dadah manakala sembilan orang merupakan orang dikehendaki.

“Seorang yang ditangkap telah dituduh dibawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 36 orang dicadangkan untuk Seksyen 39C ADB 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, daripada jumlah tangkapan tersebut juga seramai 13 orang akan diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 39B ADB 1952.

Katanya, empat orang disiasat di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, 26 orang disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan 50 orang disiasat di Seksyen 12(2) ADB 1952.

“Selain itu, seramai lima orang disiasat di bawah Seksyen 6 ADB 1952, 36 orang disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, dan selebihnya iaitu seramai 285 orang disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, polis turut merampas 146.32 gram syabu, 561.16 gram heroin, 21.97 gram ganja, 74.0 gram eramin 5, 142.11 gram pil yaba, selain turut merampas 756.62 liter air ketum dan 91,433 gram daun ketum.

“Kesemua rampasan dadah terbabit bernilai RM64,715. Polis turut merampas tiga kenderaan membabitkan jumlah sitaan harta bernilai RM37,000. Ini menjadikan keseluruhan nilai rampasan dan sitaan RM101,715,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya