26,000 pemegang akaun terjejas, paip air utama pecah - Utusan Malaysia

26,000 pemegang akaun terjejas, paip air utama pecah

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH (kanan meninjau kerja-kerja membaik pulih paip air utama yang pecah di persimpangan lampu isyarat Sekolah Menengah Convent di Jalan Kluang-Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kira-kira 26,000 pemegang akaun terjejas bekalan air bersih apabila paip utama di persimpangan lampu isyarat Sekolah Menengah Convent di Jalan Kluang-Batu Pahat pecah kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerusi hantaran dalam laman Facebooknya berkata, kerja-kerja pembaikian sedang giat dilakukan.

Katanya, kerja-kerja pembaikian akan mengambil masa kira-kira 15 jam dan dijangka siap pukul 1 pagi dan bekalan air pula dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang pagi esok. 

“Pihak Ranhill SAJ sedang giat melakukan pengolahan bekalan air bagi meminimumkan jumlah kawasan yang terjejas di samping lori tangki turut digerakkan ke kawasan yang terputus bekalan air.

“Mohon semua dapat bersabar dan mendoakan agar kerja-kerja baik pulih ini dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya