Wujud peraih video lucah gadis Melayu?

Wujud peraih video lucah gadis Melayu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menyiasat kemungkinan wujudnya peraih video lucah gadis Melayu yang menggunakan platform pemesejan untuk meraih keuntungan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, walaupun setakat hari ini pihak­nya masih belum mendengar maklumat berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan, namun, kemungkinan itu masih ada.

Jelasnya, di negara luar, laman web lucah berperanan sebagai peraih video seks yang membuka platform mereka kepada orang ramai untuk memuat naik sendiri adegan di ranjang untuk meraih pendapatan berdasarkan jumlah tontonan.

“Setakat hari ini, MCCA tidak ada dengar lagi aktiviti menjual video lucah daripada kepada peraih kecuali di forum-forum dalam ‘darkweb’, biasanya bahan tersebut dirakam untuk simpanan sendiri oleh pelaku lelaki atau pun perempuan berkenaan.

“Bagaimanapun, apabila putus cinta, berlakulah khi­anat dengan menyebarkan video seks mereka. Apabila tersebar, individu-individu tidak bertanggungjawab ambil peluang dengan menjualnya di platform pemesejan.

“MCCA tidak mengatakan ia (peraih) ada tetapi pihak berwajib perlu menyiasatnya. Jika itu berlaku, maknanya perkembangan ini amat tidak baik yang memerlukan tindakan serius dan keras,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat gadis Melayu yang video seksnya disebarkan adalah mangsa penipuan seks yang mana aksi ghairahnya dirakam oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai ugutan bagi mendapatkan wang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia berkaitan satu kumpulan platform pe­mesejan yang dikesan menjual lebih 2,400 video lucah membabitkan gadis Melayu dan dilanggan lebih 1,600 orang dipercayai lelaki warganegara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN