Tun M akui pernah minta Guan Eng bayar RM10,000 kepada

Tun M akui pernah minta Guan Eng bayar RM10,000 kepada Kedah

TUN Dr. Mahathir Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah memujuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membayar RM10,000 kepada Kedah setahun.

Mengakui enggan terbabit dalam kontroversi berkaitan Pulau Pinang milik Kedah, Dr. Mahathir menyingkap sejarah perjanjian antara Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dengan Kedah berhubung perkara itu.

Menurut beliau, berdasarkan sejarahnya, Sultan Kedah bersetuju untuk SHTI mengambil alih pulau tersebut dengan bayaran 6,000 dolar Sepanyol setahun.

“Kemudian, gagasan tanah besar di seberang turut dirangkumkan dengan bayaran 4,000 dolar Sepanyol setahun.

“Selain itu, perjanjian tersebut memerlukan syarikat British membantu dalam mempertahankan Kedah sekiranya diserang oleh negara asing. Kita tahu bahawa British gagal untuk menghormati janji mereka,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Jelas beliau, perjanjian pemilikan antara Pulau Pinang dan Singapura adalah dua perkara berbeza disebabkan British membuat sekali pembayaran iaitu sebanyak 60,000 dolar Sepanyol kepada Temenggong untuk pengambilalihan tanah tersebut.

“Perlu diingat bahawa Sultan Ali, Sultan pada masa itu tidak menandatangani. Beliau dianugerahkan sebuah rumah di Kampung Gelam di Singapura. Kemurahan hati ini tidak membantu mendapat pengiktirafan British terhadap Ali sebagai Sultan.

“Perjanjian antara Pulau Pinang dengan Singapura sangat jelas berbeza,” katanya.

Pada masa sama, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau tidak meminta orang untuk mempercayai apa dikatakannya, namun, cerita tersebut boleh diambil walaupun sedikit.

Oleh demikian, Dr. Mahathir berpendapat bahawa cadangan mengenakan tindakan jenayah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berpandangan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah, sangat keterlaluan.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa Pulau Pinang berada di bawah hak milik Kedah memandangkan negeri itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis sahaja.

Ekoran kenyataan beliau itu, beberapa pemimpin DAP antaranya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan polis di sini beberapa hari lalu.

Susulan daripada kenyataan itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya