Tiga kementerian turut bersama dalam penganjuran NS Fest 2023 - Utusan Malaysia

Tiga kementerian turut bersama dalam penganjuran NS Fest 2023

AMINUDDIN Harun merasmikan NS Fest 2023 yang diadakan di Dataran Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak tiga buah kementerian bersama dengan kerajaan Negeri Sembilan dalam penganjuran NS Fest 2023 yang diadakan bermula hari ini sehingga 25 Jun ini di Dataran Nilai di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia merupakan julung kali tiga buah kementerian berkenaan iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW) berganding bahu dalam penganjuran acara tersebut.

“Seperti umum sedia maklum, festival ini merupakan gabungan tiga program tahunan utama negeri iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan, Bulan Usahawan Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai Arena Usahawan dan Negeri Sembilan Food Fest.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri dengan kerjasama hebat daripada Kuskop, KKDW dan KPDN membawakan bersama Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani (PJUKM) 2023 Peringkat Negeri Sembilan di samping Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) Peringkat Negeri Sembilan serta Program Jualan Rahmah.

“Kalau dahulu kita berjaya menarik kira-kira 300,000 pengunjung, insya-Allah pada tahun ini kita menyasarkan 500,000 pengunjung akan hadir ke NS Fest 2023,” katanya sewaktu berucap merasmikan NS Fest 2023 di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, seperti kelaziman setiap tahun, dalam tempoh penganjuran NS Fest pelbagai acara telah disusun seperti pameran agensi-agensi kerajaan, reruai jualan usahawan tempatan Negeri Sembilan, produk hasil keluaran sektor pertanian dan mekanisasi di Negeri Sembilan serta kiosk jualan makanan cita rasa Negeri Sembilan.

“Penganjuran festival ini juga amat bertepatan dalam membantu dan memainkan peranan penting untuk membuka peluang dan ruang yang luas kepada usahawan, warga peladang, penternak dan nelayan bagi pengembangan serta peningkatan hasil usaha masing-masing pada setiap kali ia diadakan,” kata Menteri Besar lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya