Tengku Aidy dipilih semula Presiden Persatuan Badminton Pahang - Utusan Malaysia

Tengku Aidy dipilih semula Presiden Persatuan Badminton Pahang

TENGKU AIDY AHMAD SHAH Tengku Kamil Ismail (duduk, dua dari kanan) dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Presiden Persatuan Badminton Pahang sesi 2023-2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail dipilih semula menerajui jawatan itu bagi penggal kedua sesi 2023-2025.

Tengku Aidy menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Badminton Pahang 2023 di sebuah hotel di sini, 24 Jun lalu.

Cucu Almarhum Sultan Ahmad Shah itu menceburkan diri dalam sukan badminton dengan menjadi Presiden persatuan itu sejak Jun tahun lalu.

Seperti mana ayahnya yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Kamil Ismail, Tengku Aidy juga berkongsi keghairahan sama untuk terus melonjakkan badminton Pahang ke aras lebih tinggi serta melahirkan ramai jagoan sukan itu untuk negeri dan negara ini.

Kira-kira setahun di bawah kepimpinan Tengku Aidy, arena badminton Pahang semakin bersinar dan menampakkan peningkatan positif hari demi hari.

Selepas penampilan memberangsangkan di temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung pada September tahun lalu, pasukan badminton junior Pahang mencipta sejarah apabila pasukan lelaki B-12 muncul juara National Interstate Championship 2022 pada Oktober tahun lalu.

Mengulas pemilihan semula itu, Tengku Aidy berkata, beliau akan terus melonjakkan prestasi, memperkasa pembangunan badminton di Pahang dari akar umbi, menyusun semula program, membawa lebih ramai penaja dan sudah tentu mengilap anak-anak negeri ini menjadi jagoan nasional.

“Kita mahu melahirkan produk Pahang yang boleh membawa nama negara, seperti kita ada Lai Pei Jing, dan kita mahu ada ramai lagi pemain seperti itu yang boleh jadi kebanggaan Pahang dan negara.

“Pencapaian menduduki tempat keempat di Sukma buat kali pertama, dan setelah itu kejayaan dicatat pasukan remaja di National Interstate membuktikan perancangan kita dalam landasan betul.

“Saya tidak mahu kita berhenti di sini dan berharap lebih banyak pencapaian serta kejayaan akan menyusul,” katanya. – UTUSAN

Berikut senarai Jawatankuasa Persatuan Badminton Pahang bagi sesi 2023 hingga 2025:

Presiden:

Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail

Naib Presiden 1:

Syahrizal Sharifuddin

Naib Presiden 2:

Datuk Ir. Ismail Mat Noor

Setiausaha:

Wan Suhaimi Wan Yaacob

Ahli Jawatankuasa (AJK):

*Ng Teck Hing

*Alias bin Che Lah

*Nordin Mohd. Nor

*Raja Karim Raja Kudin

*Mohd. Asri Abdul Razak

AJK dilantik:

*Ta Weng Kuen

*Mohd. Hasri Sidek

*Siti Nadiya Nazuha Sh. Samsudin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya