Tanya KJ dia isap apa? –Bung Moktar

Tanya KJ dia isap apa? –Bung Moktar

BUNG Moktar Radin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menggunakan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk meraih populariti.

Bung Moktar berkata, RUU yang juga dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) digunakan oleh bekas Ahli Parlimen Rembau itu untuk meraih populariti dalam kerjaya politiknya.

“Siapa tu KJ (Khairy)? Ini orang berlagak hebat tetapi sebenarnya dia tidak hebat, dia ingat dia smart (pandai) orang lain bodoh tapi dia yang bodoh sebetulnya.

“Dia bentang undang-undang merampas hak orang. Dia ni nak ambil populariti sebab dia sudah tidak ada platform (pentas) sudah, dia tinggal DJ (penyampai radio) sahaja jadi hantu raya.

“Dia mahu stop (berhentikan) orang dari menghisap rokok, tapi dia sendiri isap apa? Tanya dia isap apa, apa perkhabaran dia. Nanti dalam dewan saya cakap,” katanya ketika ditemui media di bangunan parlimen.

Bung Moktar berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khairy di akaun media sosialnya yang mengatakan Ahli Parlimen Kinabatangan itu adalah musuh kepada kesihatan awam.

Khairy berkata, Bung Moktar membantah RUU GEG tersebut sejak beliau menerajui Kementerian Kesihatan (KKM).

“Membantah semasa saya menjadi Menteri, masih membantah. Mungkin fikir merokok tidak akan menyebabkan penyakit kanser, pakyu Moktar Radin. Nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu,” tulisnya di hantaran story Instagram @khairykj.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, RUU GEG dijadualkan dibaca buat kali pertama pada 12 Jun ini, dalam sidang Dewan Rakyat.

Ia merupakan langkah kerajaan untuk mewujudkan Dasar GEG bagi golongan yang lahir pada 1 Januari 2007 dan selepasnya bakal terlaksana melalui RUU tersebut demik kesihatan awam.

Dasar GEG di bawah RUU itu akan mengenakan larangan membeli dan menggunakan rokok atau vape bagi individu yang lahir bermula tahun 2007 dan seterusnya.

Pembentangan RUU itu sekali gus menggantikan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang tidak sempat direalisasi menteri terdahulu, selepas Parlimen penggal ke-14 dibubar tahun lalu.

Sementara itu, Bung Moktar enggan mengulas lanjut mengenai RUU tersebut sebaliknya menyifatkan pembentangan tersebut merupakan tugas KKM dan beliau hanya akan membahas mengenainya.

“Memang tugas KKM untuk membentang (GEG), tugas saya selaku Ahli Parlimen membahas. Itu sahaja. Pandangan saya sudah jelas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya