Suspek dera kanak-kanak ada 13 rekod jenayah

Suspek dera kanak-kanak ada 13 rekod jenayah

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zin menunjukkan gambar bayi berusia satu tahun 11 bulan yang didera teman lelaki ibunya di Setapak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini dipercayai mempunyai 13 rekod jenayah lampau. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 31 tahun itu mempunyai lapan rekod kes jenayah dan lima kes dadah. 

Menurut beliau, pihaknya turut menjalankan ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah. 

“Kita mendapatkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 15 Jun depan. 

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 25 Akta Pendaftaran Negara apabila didapati memegang kad pengenalan milik orang lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Mohd. Shuhaily, siasatan mendapati suspek yang juga penggangur telah berkenalan dan tinggal bersama ibu mangsa sejak dua bulan lalu. 

Jelasnya, kejadian dera itu dipercayai berlaku berpunca disebabkan bayi itu aktif sehingga suspek bertindak demikian. 

“Bagaimanapun, semuanya masih dalam siasatan polis,” jelasnya. 

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden D. Saralathan berkata, suspek terbabit ditahan di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul.

Beliau dilaporkan , berdasarkan maklumat, lelaki dikenali Amir Shafiq Suhaimi, 31, dipercayai memukul mangsa kerana dikatakan bising.

“Dia didakwa memukul hingga mangsa bengkak pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya