GEORGE TOWN: Calon Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang. Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, keputusan menggunakan logo BN itu diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) dan terpakai di enam negeri yang mengadakan PRN. “Calon BN-UMNO di Pulau Pinang akan guna logo sendiri ketika PRN, itu keputusan MKT dan ia juga akan digunakan di negeri-negeri yang adakan PRN.…










