Rumah terbakar jadi tempat berteduh

Rumah terbakar jadi tempat berteduh lelaki sebatang kara

KEADAAN Zuhairi Mohd. Ibrahim Sulaiman yang tinggal di sebuah rumah sudah terbakar di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki yang hidup sebatang kara menjadikan sebuah rumah yang sudah terbakar di Jalan Sungai Nibong di sini sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan kerana kesempitan hidup.

Lelaki itu, Zuhairi Mohd. Ibrahim Sulaiman, 56, yang bekerja sebagai pengutip buah kelapa sawit berkata, dengan pendapatan antara RM20 hingga RM25 sehari, dia tidak mampu untuk menyewa bilik atau rumah sebagai tempat tinggal.

Menurutnya, sebelum ini dia tinggal di sebuah rumah yang sama, iaitu rumah lama yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun yang dikatakan milik sebuah agensi kerajaan yang sudah lama ditinggalkan.

Katanya, namun pada 4 Mei lalu, rumah dua tinggal yang didiaminya tersebut terbakar 80 peratus dan kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta dan dua buah motosikal serta satu unit mesin rumput miliknya.

“Selepas terbakar, saya cuba mencari tempat tinggal yang lain namun saya tiada wang dan tak mampu menyewa rumah atau bilik lalu saya membuat keputusan terus tinggal di rumah ini di satu sudut bahagian rumah itu yang tidak terbakar.

“Keadaannya sudah tentu tidak selesa berbanding sebelum bangunan rumah ini terbakar, namun saya tiada pilihan sebaliknya terus tinggal di rumah ini walaupun keadaannya tidak selesa.

“Mujur ada bahagian rumah ini yang tidak terbakar, dapat juga saya terteduh daripada panas dan hujan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, berikutan kesempitan hidup yang dilalui itu itu, dia berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk dia menyewa bilik agar dapat hidup dengan lebih selesa.

Katanya, dia pernah memohon bantuan dengan agensi yang berkenaan namun ditolak dengan alasan rumah yang didiami itu bukan milik sendiri.

“Saya mengimpikan tempat teduh yang selesa, namun saya tidak mampu. Di rumah ini walaupun saya sudah biasa hidup dalam serba kekurangan namun saya juga mahu rasa hidup di tempat yang selesa.

“Jika ada pihak yang sudi membantu saya untuk menyewa bilik itu pun sudah memadai bagi saya,” katanya. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.