Rombakan Kabinet hak, kuasa PM -Fuziah

Rombakan Kabinet hak, kuasa PM -Fuziah Salleh

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rombakan Kabinet yang didakwa akan dilakukan selepas pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurutnya, perkara tersebut terletak pada kuasa Perdana Menteri. 

“Itu adalah hak dan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Saya sebenarnya tidak ambil tahu perkara ini… saya hanya buat kerja saya sahaja di kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan khabar angin rombakan Kabinet pada Majlis Penyerahan Bantuan Rahmah di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang rombakan Kabinet adalah tertakluk kepada hak prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Anwar pula ketika ditanya mengenai khabar angin itu minggu lalu turut meminta dikemukakan cadangan senarai nama rombakan Kabinet seperti didakwa pihak tertentu.

“(Mengenai rombakan kabinet) Jika ada cadangan, sila tulis kepada saya. Saya akan bagi pertimbangan sebaiknya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fuziah berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan gula adalah mencukupi.

Katanya, harga komoditi barangan tersebut juga kekal seperti mana yang terjual di pasaran sekarang.

“Pembekal gula di negara ini sudah diminta menepati syarat pengeluaran ditetapkan kerajaan sebanyak 42,000 tan metrik sebulan. 

“Ini bermakna tidak akan berlaku masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga gula di pasaran,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan  pemeriksaan dilakukan pasukan penguat kuasa KPDN melalui Ops Manis sejak Mei lalu, negeri Kelantan merekodkan jumlah pemeriksaan tertinggi dengan 848, diikuti Terengganu 442, Pahang 597 dan 405 pemeriksaan di Kedah.

Katanya lagi, Ops Manis dilancarkan KPDN selepas menerima banyak aduan pengguna mengenai kekurangan bekalan gula selepas Aidilfitri lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya