KOTA BHARU: Pas Kelantan mengesahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju untuk memberi dua lagi kerusi milik mereka kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Timbalan Persuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun dua kerusi yang dimaksudkan itu tersebut masih belum dimuktamadkan. Menurutnya, kerusi yang diminta oleh Pas itu masing-masing melibatkan DUN di Parlimen Jeli dan Gua Musang yang sebelum ini telah dipersetujui secara bersama untuk diserahkan…