Perkasa peranan kaunselor di sekolah

Perkasa peranan kaunselor di sekolah

SYED ANUAR SYED MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Peranan kaunselor di sekolah perlu diperkasa agar boleh memberi pendedahan tentang realiti hala tuju pelajar selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presiden Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung Kebangsaan (GPMS), Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, peranan kaunselor ini sangat penting untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan ‘kemewahan sementara’ oleh banyak pihak terutama di media sosial.

Menurutnya, kaunselor perlu memberi penerangan dan membimbing pelajar untuk memilih hala tuju yang betul ketika mereka berada di Tingkatan Empat lagi.

“Katanya, trend yang me­nganggap pendapatan lumayan juga mampu dicapai tanpa kelulusan akademik yang tinggi perlu dihentikan kerana ia hanya bersifat jangka masa pendek semata-mata.

“Memang betul ada pelajar lepasan SPM yang meraih pulangan lumayan dengan menyertai gig ekonomi seperti menjadi penghantar makanan, pemandu grab atau menjadi pempengaruh media sosial namun ia memerlukan kudrat tenaga yang kuat dan hanya sesuai untuk umur belia.

“Takkan lah pelajar lepasan SPM ini mahu terus bekerja sebegitu sehingga umur mence­cah 40 atau 50 an, ia tidak begitu sesuai dengan peningkatan usia, tanggungjawab dan komitmen juga bertambah. Pekerjaan itu hanya sesuai mengisi masa lapang sahaja.

“Di sinilah pentingnya kaunselor untuk memberi penerangan betapa penting­nya pelajar menyambung pe­ngajian ke peringkat lebih ti­nggi tak kira sama ada dalam bidang akademik mahu pun dalam pendidikan teknikal dan kemahiran (TVET) kerana ini penting untuk pembangunan negara pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Tambah Syed Anuar, trend seperti itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana khuatir ia menjadi satu ‘wabak’ yang akhirnya akan merugikan tenaga muda untuk kemajuan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN