Pencemaran plastik, ancam nyawa masyarakat

Pencemaran plastik ancam nyawa masyarakat

Orang ramai mengutip sampah sarap pada Program Johor Bersih@Sungai Skudai di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 46 peratus sisa plastik dibuang ke tapak pelupusan manakala 22 peratus tidak diuruskan dan menjadi sampah perlu dihentikan kerana mampu mengancam nyawa masyarakat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik Kanan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. Mageswari berkata, bahan kimia yang tidak kelihatan dalam plastik mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Katanya, orang ramai terdedah kepada bahan kimia berbahaya daripada plastik semasa pengeluaran, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan sisa plastik

“Walaupun kita mungkin tidak melihatnya, kajian menunjukkan bahawa bahan kimia daripada plastik dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius.

“Bahan kimia dalam plastik telah dikaitkan dengan kanser, kerosakan otak, ketidaksuburan dan keadaan serius yang lain.

Mageswari berkata, lebih 430 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun dan hal ini perlu dikurangkan bagi mengawal pencemaran plastik.

Katanya, tidak seperti bahan lain, plastik adalah tidak terurai (biodegradasi). Krisis pencemaran plastik harus dicapai dengan mengurangkan jumlah keseluruhan pengeluaran plastik, menghapuskan plastik sekali guna yang tidak diperlukan dan plastik tidak boleh dikitar semula secara berperingkat serta menyingkirkan bahan kimia toksik dalam plastik dan proses kitar semula yang toksik.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin berkata, plastik mengandungi bahan sintetik yang mampu merosakkan alam dan kesihatan orang ramai.

“Plastik adalah bahan yang mudah reput. Apabila mendap di dalam tanah, ia akan menyebabkan mikroorganisma tanah mati dan menjadikan pertanian tidak subur.

“Tumbuhan akan menyerap plastik di dalam tanah dan ia merisikokan kesihatan masyarakat apabila memakan tumbuhan yang sudah tercemar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafizudin berkata, masyarakat yang sering makan tumbuhan atau makanan yang sudah bercampur dengan plastik akan memberikan kesan terhadap kesihatan mereka.

Katanya, sebabkan terlalu banyak kandungan plastik yang secara tidak langsung masuk dalam badan, sel-sel kanser mula aktif dan saluran darah juga tersumbat sehingga berisiko mendapat penyakit kronik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.