Pas yakin sapu bersih 45 kerusi DUN Kelantan

Pas yakin sapu bersih 45 kerusi DUN Kelantan

MOHD. Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) menyerahkan geran hak milik tanah kepada penduduk di Felda Chiku 2, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pas Kelantan yakin mampu menyapu bersih kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jumlah itu termasuklan enam kerusi yang diberikan kepada rakan sekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, pada PRN itu Pas dan Bersatu akan menampilkan yang berpotensi menang bagi memastikan tampuk pentadbiran terus kekal untuk penggal berikutnya.

“Taktik dan strategi kita tidak boleh cerita, tetapi berdasarkan pencapaian masa Parlimen baru-baru ini kita yakin boleh menang di semua kerusi termasuk Gua Musang ada potensi yang besar.

“Kita (Pas) di Kelantan senarai calon semua sudah siap dan kita sudah angkat kepada Pas pusat dan menunggu pengesahan daripada Majlis Syura. Majlis syura akan tapis semua ini termasuklah latar belakang dan apabila Majlis Syura menyokong barulah kita akan ambil senarai,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2 di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Besar itu memberitahu, penentuan calon oleh Majlis Syura sudah menjadi amalan setiap kali pilihan raya.

Media sebelum ini melaporkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN