PARLIMEN: Program MM2H, bak kut teh, Lynas antara

PARLIMEN: Program MM2H, bak kut teh, Lynas antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perubahan-perubahan terkini yang dilakukan terhadap program Malaysia My Second Home (MM2H) antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Hasni Mohammad [BN-Simpang Renggam] akan meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan rasional perubahan-perubahan tersebut terhadap MM2H semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pukul 10 pagi ini. 

Datuk Seri Shahidan Kassim [PN-Arau] akan meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha kerajaan untuk menangani pengangguran dalam kalangan belia kerana pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat selain isu kualiti serta kuantiti pekerjaan.

Khoo Poay Tiong [PH-Kota Melaka] pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan asas-asas rayuan yang telah dikemuka oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas Malaysia) terhadap terma lesen operasi yang dipersetujui sebelum ini dan keputusan kementerian serta rasional terhadap rayuan tersebut. 

Datuk Mumtaz Md. Nawi [PN-Tumpat] akan meminta Menteri Luar Negeri menyatakan sokongan dan inisiatif jangka pendek dan panjang Wisma Putera terhadap kerajaan Afghanistan khususnya dalam mengukuhkan institusi pentadbiran dan memberdaya potensi dan penglibatan wanita dan pendidikan kanak-kanak dalam memacu pembangunan tersebut. 

Jimmy Puah Wee Tse [PH-Tebrau] pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan usaha kementerian untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain. 

Sementara itu, Datuk Awang Solahuddin Hashim [PN-Pendang] akan meminta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan serta usaha kerajaan dalam memperhalusi semula geran perkapita berdasarkan Bahagian I Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. 

Bagi aturan urusan mesyuarat dan usul-usul, persidangan hari ini diteruskan dengan menyambung semula perbahasan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya