Malaysia perlu Menteri Kewangan buat bekerja, bukan banyak

Malaysia perlu Menteri Kewangan buat kerja, bukan banyak alasan -Wan Ahmad Fayhsal

Laut China Selatan
WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan yang benar-benar bekerja dan bukannya jenis yang banyak bagi alasan.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kejatuhan ringgit juga disifatkan ‘cakap tak serupa bikin’ berbanding kenyataan sebelum ini.

“Dulu kata ringgit jatuh sebab dunia tak yakin kepada kerajaan. Hari ini kata lain pula. 

“Mungkin dunia tidak yakin dengan Menteri Kewangan yang lebih sibuk berkempen dan beretorik!

“Kita perlu Menteri Kewangan yang benar-benar berkerja bukan jenis bagi alasan itu dan ini, punah negara!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, kejatuhan nilai matawang ringgit negara tidak ada kena-mengena dengan ketiadaan seorang Menteri Kewangan yang ‘bekerja’ sepenuh masa.

Sebaliknya, Anwar berkata, ia disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” katanya dalam satu majlis di Putrajaya.

Beliau mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd. Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan yang bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan terhadap negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.