Luncur angin terhempas di Pantai Irama dalam proses pengujian lepas dibaik pulih

Luncur angin terhempas di Pantai Irama dalam proses pengujian lepas dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Luncur udara (paramotor) yang terhempas di Pantai Irama di sini sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas dipercayai baru sahaja dibaiki sebelum ia dibawa untuk ujian penerbangan di pantai tersebut semalam.

Seorang budak pantai (beach boy) di Pantai Irama, Mohd. Shazarin Che Mazlan, 31, berkata, sebelum ini, pengendali paramotor itu yang berusia 77 tahun sering datang pantai tersebut untuk bermain sukan itu.

Menurutnya, difahamkan, warga emas itu baru sahaja membaiki kipas paramotornya sebelum datang ke Pantai Irama untuk mencuba peralatan tersebut.

“Perjalanan paramotor itu di udara pada awalnya berjalan lancar sebelum ia terhempas di dalam laut kira-kira 20 minit kemudian.

“Saya yang berada di lokasi kejadian terus mengemudi jet ski untuk membantu kedua-dua warga emas itu. Mangsa yang berusia 62 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala pengendali paramotor itu sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Irama di sini hari ini.

Mohd. Shazarin memberitahu, pengendali paramotor itu bukan individu asing bagi penduduk di sekitar Pantai Irama kerana dia sering dilihat bermain paramotor di kawasan tersebut.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang bekas penghulu Mukim Seribong di sini maut selepas luncur udara yang dinaiki bersama sahabatnya terjunam ke dalam laut di kawasan Pantai Irama, Bachok dekat di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, Mustaffa Isa, 62, yang merupakan penumpang maut di lokasi manakala sahabatnya berusia 77 tahun terselamat dan mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila enjin paragliding tersebut mengalami kerosakan sebelum terjunam ke dalam laut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya