Lorong motosikal masuk, keluar plaza tol sempit, tidak praktikal - Zuhairi - Utusan Malaysia

Lorong motosikal masuk, keluar plaza tol sempit, tidak praktikal – Zuhairi

ZUHAIRI AB KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kewujudan tiang penghadang kiri dan kanan laluan masuk serta keluar lorong motosikal di plaza-plaza tol di negara ini tidak lagi praktikal pada ketika ini khususnya kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lorong terbabit.

Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, mungkin bagi motosikal kecil sesuai, namun tidak pada motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai saiz lebih besar.

Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana saiz motosikal semakin besar, maka laluan disediakan juga perlu selari dengan perkembangan semasa.

“Isu ini lebih kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi terutama yang ada ‘box’ di kiri dan kanan.

“Apabila mereka lalu laluan motosikal di plaza tol, ia terlalu sempit, ‘ngam-ngam’ sahaja. Kerap juga berlaku kemalangan dan terjatuh kerana ‘box’ tersangkut pada tiang penghadang di kiri dan kanan laluan.

“Kita merasakan tak ada keperluan pun dibuat tiang penghadang kiri dan kanan laluan motosikal di plaza tol kerana ia tidak lagi sesuai dan praktikal ketika ini demi keselesaan semua penunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, aduan dibuat kepada syarikat pengendali lebuh raya setiap kali berlaku kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di laluan tersebut, namun ia dipandang sepi dan tiada tindakan diambil.

Beliau berkata, Daz Bikers mencadangkan supaya laluan paling kiri plaza tol dijadikan lorong khas untuk pengguna motosikal dan tidak perlu tiang penghadang.

“Cadangan ini bukan baru kerana sudah ada pun lebuh-lebuh raya yang melaksanakannya. Tidak perlu laluan yang ada tiang dan besi penghadang sebaliknya terus lalu di laluan paling kiri di plaza tol, ini lebih praktikal.

“Kita harap semua syarikat pengendali lebuh raya melaksanakan inisiatif ini kerana ia sudah pun dilaksanakan di lebuh-lebuh raya lain. Jadi tiada isu ia boleh membahayakan dan tidak praktikal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pemandu kereta supaya tidak membuat pusingan U secara melulu kerana banyak kes kemalangan maut terutama membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

“Jika hendak buat pusingan U, pemandu kereta perlu pastikan tiada kenderaan lain terutama motosikal, jika ada motosikal pastikan jaraknya benar-benar selamat baharu boleh buat pusingan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pemandu kenderaan supaya tidak terburu-buru menukar laluan walaupun sudah memberikan signal kiri atau kanan.

“Apa yang biasanya berlaku, baru beri signal terus tukar laluan tanpa lihat kenderaan lain di belakang. Ini cukup membahayakan terutama kepada penunggang motosikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya