Jalan utama ditenggelami banjir dinaik taraf - Utusan Malaysia

Jalan utama ditenggelami banjir dinaik taraf

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua dari kanan) menyantuni mangsa banjir di PPS Masjid Kampung La, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kerajaan negeri sedang mengenal pasti jalan utama yang sering terjejas akibat ditenggelami banjir di Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jalan-jalan terlibat akan dinaik taraf dan ditinggikan sebagai langkah mengatasi isu laluan terputus setiap kali berlaku banjir di lokasi-lokasi tertentu.

“Saya difahamkan pejabat daerah telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya jalan yang rendah dimasukan dalam perancangan terdekat ini untuk ditinggikan daripada paras asal supaya tidak ditenggelami banjir.

“Selain itu, kita tahu ada sebahagian daripada jalan tersebut sebelum ini tidak pernah banjir tetapi disebabkan faktor pembangunan semasa berlakunya limpahan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Kampung La, di sini, hari ini.

Katanya, antara lokasi jalan yang terlibat itu adalah di daerah Besut dan Dungun.

Ahmad Samsuri berkata, kerja-kerja menaik taraf dan membaiki jalan rosak akibat banjir itu dijangka bermula selepas tamat Monsun Timur Laut (MTL) Mac depan.

Dalam pada itu, tambahnya, kerajaan melalui agensi terlibat turut merancang untuk membina parit dan mencari kaedah bersesuaian bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan pembangunan yang sedang berjalan ketika ini.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya sebelum ini meluluskan permohonan kerja kerja baik pulih jalan rosak dan cerun di Terengganu melibatkan peruntukan sebanyak RM11.3 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya