Kuskop salur RM38.7j kepada usahawan, koperasi Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kuskop salur RM38.7j kepada usahawan, koperasi Negeri Sembilan

EWON Benedict (empat dari kanan) dan Aminuddin (tiga dari kanan) menunjukkan barangan keperluan asas yang ditawarkan pada harga lebih rendah pada Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani (PJUKM) Negeri Sembilan yang diadakan bersempena penganjuran NS Fest 2023 di Dataran Nilai, Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak RM38.7 juta geran pembiayaan dan bantuan perniagaan disalurkan pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) kepada golongan usahawan dan koperasi berdaya maju di negeri ini.

Ia diserahkan pada Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani (PJUKM) Negeri Sembilan yang diadakan bersempena penganjuran Karnival Negeri Sembilan (NS Fest) 2023 bermula hari ini sehingga 25 Jun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, penyaluran bantuan dan geran tersebut dilakukan melalui agensi yang berada di bawah kementerian seperti SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp. Malaysia, TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Rakyat. 

“Sebanyak RM38,779,995 keseluruhan pembiayaan dan geran diserahkan dalam program PJUKM. Kementerian serta agensi berharap akan terus dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya lebih ramai lagi usahawan dan koperasi di negeri ini mendapat pembiayaan daripada agensi terlibat. 

“Sempena NS Fest ini juga semua agensi kementerian juga turut mengadakan pameran, reruai, usahawan koperasi di sini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PJUKM di Dataran Nilai di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, beliau berkata, PJUKM merupakan inisiatif Kuskop bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan inklusif yang memberikan pendedahan serta maklumat berkenaan program dan inisiatif di bawah Kuskop dan agensinya.

“Secara tidak langsung program ini dapat memperkasakan agenda keusahawanan dalam kalangan usahawan di peringkat negeri,” katanya yang turut memberitahu Negeri Sembilan merupakan negeri ketiga selepas Sabah dan Selangor bagi melaksanakan penganjuran PJUKM terbabit.

Jelas beliau lagi, antara pengisian utama program berkenaan termasuklah Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang menawarkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan produk-produk koperasi pada kadar 20 hingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya