Kertas siasatan Sanusi dilengkapkan sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara - Utusan Malaysia

Kertas siasatan Sanusi dilengkapkan sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan selesai merakam percakapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, rakaman percakapan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Kata beliau, PDRM kini dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

“Tindakan itu selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima empat laporan membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang disifatkannya sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, beliau sedia disiasat polis berhubung dakwaannya bahawa Pulau Pinang adalah hak Kedah dan negeri diterajuinya itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya