Kelindan lori tak mengaku rogol warga emas 71 tahun 

Kelindan lori tak mengaku rogol warga emas 71 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini atas pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun, pertengahan bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, R. Vasant Raj, 20, didakwa merogol mangsa di kediaman warga emas itu di Taman Asa Jaya, Kajang pada pukul 4 petang, 15 April lalu. 

Tertuduh juga didakwa mengacukan sebilah pisau terhadap mangsa ketika melakukan perbuatan keji itu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(b) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin beserta syarat-syarat tambahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Vasant Raj yang tidak diwakili peguam bela memohon agar jumlah ikat jamin itu dikurangkan.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid selepas mendengar hujah ringkas dan rayuan kedua-dua pihak menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diperintahkan untuk melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan dilarang daripada mendekati saksi-saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula kes itu pada 7 Julai ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemuda ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang warga emas yang menyatakan dirinya dirogol.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan dalam laporan itu menyatakan, suspek ditahan pada 26 Mei lalu dan siasatan turut mendapati lelaki berusia 20 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya