Jerantut terlibat LCCF, transformasi bandar rendah karbon - Utusan Malaysia

Jerantut terlibat LCCF, transformasi bandar rendah karbon

RAZIHAN Adzharuddin (tengah) sedang menanam pokok teduhan ketika program Hari Jerantut Rendah Karbon di bandar lama Jerantut di Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Bandar Jerantut dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini terlibat Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) di negeri ini bagi mempercepatkan transformasi ke arah bandar rendah karbon menjelang 2030.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin berkata, usaha itu bagi membolehkan kerajaan negeri mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca berdasarkan LCCF. yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan pada 2021.

“LCCF merupakan inisiatif baharu dengan sasaran untuk mempercepatkan transformasi bandar di negeri ini ke arah bandar karbon rendah menerusi pengukuran kadar pelepasan gas rumah hijau membabitkan lima elemen, tenaga, air, sisa, pengangkutan dan kehijauan atau penyerapan karbon.

“Sebagai sebuah entiti yang hampir dengan rakyat, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan memainkan peranan penting menimbulkan kesedaran dan pembudayaan lestari, mengambil kira pandangan rakyat setempat dan melibatkan komuniti secara aktif dalam pembangunan yang mampan dan inklusif,” katanya pada program Hari Jerantut Rendah Karbon di bandar lama Jerantut di sini hari ini.

Menurut Razihan, PBT disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan masing-masing yang bersesuaian dengan konsep bandar rendah karbon bagi menyumbang kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.

Katanya, bandar rendah karbon merupakan asas bagi pembangunan bandar lestari apabila masyarakat menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon yang rendah untuk mengurangkan kesan ke atas perubahan iklim.

“Dalam hal ini langkah mitigasi dan adaptasi perlu diberikan perhatian yang sewajarnya bagi mengurangkan impak perubahan iklim dan pemanasan global.

“LCCF mendorong pihak berkepentingan menilai semula aspek utama dalam perancangan dan pembangunan projek baharu dan sedia ada bagi mengambil kira keperluan bandar rendah karbon,” katanya.

Selanjutnya Razihan menambah, kesan bandar rendah karbon menghasilkan persekitaran yang berkualiti dan mampan untuk generasi pada masa akan datang, manakala penduduk setempat memperoleh kesejahteraan menerusi persekitaran yang sihat.

Ujarnya, sasaran untuk mencapai pelepasan karbon seluuh negara sebanyak 45 peratus pada 2030 tidak akan tercapai jika tidak ada komitmen daripada semua pihak termasuk penduduk bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya