Isu kekurangan bekalan daging tidak berlaku -JPV

Isu kekurangan bekalan daging tidak berlaku -JPV

inflasi
Bab halal bukan hanya melibatkan sembelihan ayam dan daging tetapi semua jenis produk makanan waima yang dihasilkan oleh industri ataupun para peniaga kecil tempatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna tidak akan berdepan dengan isu kekurangan bekalan daging biarpun hanya sembilan daripada 27 negara yang disenaraikan sebagai Abatoir dan Loji Pemprosesan Luar Negara Yang Telah Diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), yang masih diiktiraf bagi pengimportan daging ruminan.

Dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, jabatan itu berkata, bukan semua 27 negara yang disenaraikan itu diluluskan untuk pengimportan daging ruminan.

Buat masa ini, katanya, hanya sembilan negara yang masih diiktiraf bagi pengimportan daging ruminan iaitu Australia, Argentina, Brazil, India, Korea, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat.

“Afrika Selatan yang dahulunya diluluskan untuk pengimportan daging ruminan ke Malaysia kini sedang dalam penggantungan dan 18 lagi negara yang diluluskan adalah untuk pengimportan sama ada babi atau produk babi; tenusu atau produk tenusu; poultry atau produk poultry; produk telur; gelatin (mentah) dan bahan mentah makanan haiwan.

“Buat masa ini, terdapat 78 rumah sembelih ruminan luar negara diperakukan daripada sembilan negara yang diluluskan untuk eksport.

“Selain itu, terdapat juga rumah sembelih JPV dan rumah sembelih swasta yang berlesen di dalam negara. Justeru, JPV menjangkakan kekurangan bekalan daging tidak akan berlaku,” katanya.

JPV berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk ‘Daging import dari 19 negara tiada perakuan JPV’ bertarikh 25 Mei lepas dan ‘Pantau daging import dari negara tiada perakuan JPV’ bertarikh 26 Mei lalu.

Mengulas lanjut, jabatan itu berkata, tempoh minimum selama enam bulan diberi kepada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang memohon pengiktirafan untuk mengeksport ke Malaysia, tetapi tidak berjaya.

Katanya, ia bermula daripada maklum balas pihak berkuasa veterinar negara terlibat untuk memperbaiki prestasi serta mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Malaysia dan boleh mengemukakan permohonan semula untuk pertimbangan JPV.

“JPV sentiasa memastikan daging yang diimport adalah bebas dari penyakit haiwan dan zoonotik.

“Prosedur pemeriksaan yang sistematik ini juga memastikan produk yang dihasilkan dari abatoir ini mematuhi standard keselamatan produk-produk yang ditetapkan oleh Malaysia dan diperakukan oleh pihak berkuasa veterinar negara pengimport,” ujarnya.

Sementara itu, JPV menjelaskan, logo Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan logo perakuan JPV yang dicop di atas daging hanyalah untuk daging yang disembelih di rumah-rumah sembelih berlesen dalam negara sahaja.

“Bagi daging import pula, logo Halal negara pengeksport yang diiktiraf oleh Malaysia akan dicetak pada pembungkusan daging atau produk yang diluluskan iaitu pada bungkusan dalaman dan di luar bungkusan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya