Isu desak DAP mohon maaf, Pemuda UMNO perlu move on  - Utusan Malaysia

Isu desak DAP mohon maaf, Pemuda UMNO perlu move on 

Lee Chean Chung
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda UMNO diminta move on mengenai apa sahaja isu  pernah  berlaku antara parti itu dan DAP kerana ketika ini kedua-dua parti sudah membentuk Kerajaan Perpaduan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi Pusat PKR, Lee Chean Chung berkata, ini kerana rakyat sentiasa mengukur prestasi kerajaan dalam menawarkan khidmat kepada mereka. 

“Melihat kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid yang kata tidak perlu (DAP mohon maaf), jadi saya lihat kita harus berpandangan baik dan move on

“Rakyat bukan mahu melihat siapa minta maaf dan tidak minta maaf, tetapi melihat prestasi. 

“Tetapi, ini hak anggota perhimpunan yang mana mereka boleh suarakan apa-apa perkara yang dianggap penting. 

PENGUNDI

“Namun, yang penting adalah kekuatan kita dan beri keyakinan kepada pengundi berdasarkan prestasi Kerajaan Perpaduan, itu lebih penting,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Kelmarin, media melaporkan, Ketua Pemandu UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya tidak akan sesekali menarik balik kenyataan menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka kepada parti itu demi menjaga masa depan parti keramat itu. 

Ia susulan Ahmad Zahid menyatakan, tiada keperluan buat DAP untuk membuat permohonan maaf kepada UMNO.

Menurut  Ahmad Zahid, perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana segala perjanjian telah dipersetujui sewaktu fasa rundingan ketika membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kedua-dua parti itu sepatutnya duduk semeja bagi mencari penyelesaian berhubung isu tersebut. 

Katanya, ini kerana situasi menang-menang perlu untuk menoktahkan perkara yang tidak menyenangkan antara satu sama lain supaya dapat terus bersepakat dalam satu kerajaan. 

“Sebelum ini kedua-dua parti ada banyak tuduhan. UMNO tuduh DAP dengan bermacam perkataan dan DAP pun mengeluarkan perkataan yang keras, semua ini seolah-olah jadi perang.

“Kalau setakat mahu keluarkan kenyataan untuk mengambil hati penyokong…tidak akan selesai masalah. Bagaimana pula DAP pun di hadapan penyokong tuntut UMNO minta maaf.

“Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Musuh lampau jadi kawan, maka pelbagai kemungkinan. Kita mahu bersepakat…perkara tidak menyenangkan mungkin perlu diketepikan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya