Ejen pinjaman wang ditahan lakukan khianat

Ejen pinjaman wang ditahan lakukan khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ejen pinjaman wang ditahan bagi siasatan berhubung kejadian khianat di tempat letak kereta terbuka di Jalan AU4/1, Taman Seri Keramat Tengah, Ulu Kelang dekat sini pada 22 Mei lalu. 

Penahanan lelaki itu dilakukan pada 25 Mei lalu di sebuah kondominium di Jalan Air, Bukit Ampang Utama dekat sini menerusi operasi yang dijalankan pukul 4.30 petang sehingga 5.20 petang oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pada mulanya, satu laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun mengenai kejadian pecah cermin kereta miliknya dan empat buah kenderaan jirannya.

Kata beliau, lelaki yang bekerja sebagai pegawai kerajaan berada di rumah dikejutkan oleh jiran memaklumkan mengenai perkara itu.

“Selain itu, turut ditemukan iaitu nota ugutan supaya wang yang dihutang perlu dibayar. 

“Hasil semakan pihak polis mendapati, kejadian berpunca selepas dipercayai salah seorang penduduk di kawasan tersebut ada membuat pinjaman wang dengan Ahlong. 

“Disebabkan pinjaman tidak dibayar, ahlong membuat khianat dengan memecahkan cermin kenderaan penduduk di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, hasil semakan anggaran kerugian lebih kurang RM 5,000.

Ujar Mohamed Farouk, sebelum kejadian itu, terdapat juga satu laporan oleh seorang lelaki berusia 45 tahun yang memaklumkan kendaraanya telah disimbah cat berwarna hitam dan terdapat notis yang bertulis “pinjam wang bayar wang”. 

“Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penghantar makanan telah membuat pinjaman dengan ahlong melalui online pada Januari lalu sebanyak RM500.

“Kes telah diklasifikasi di bawah seksyen Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil penahanan suspek, sebanyak sebuah komputer riba dan telefon bimbit (dua) serta pelbagai dokumen dirampas untuk siasatan.  

“Semakan mendapati, suspek lelaki itu mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

“ Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek lain yang masih bebas dan kes disiasat bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan ugutan jenayah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya