Tony Pua sedang dirakam percakapan

Tony Pua sedang dirakam percakapan

TONY PUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang merakam percakapan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, berhubung kenyataan yang dikeluarkan mengenai titah dan Rukun Negara.

Tony telah dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, berhubung siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) terhadap kes berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pada masa ini proses rakaman percakapan masih dijalankan di Ibu pejabat Kontinjen Selangor.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, M. Kumar dilaporkan berkata, sebanyak 77 laporan polis diterima pihaknya setakat ini terhadap Tony Pua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN