Dua lelaki maut, lori dinaiki langgar penghadang jalan - Utusan Malaysia

Dua lelaki maut, lori dinaiki langgar penghadang jalan

SEBUAH lori terbabas dan melanggar penghadang jalan mengakibatkan dua lelaki maut dalam kejadian di Bukit Tangga, Jelebu, petang semalam.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Dua lelaki maut termasuk seorang warganegara Bangladesh maut dalam nahas selepas lori yang dinaiki mereka melanggar penghadang jalan di dinding bukit dalam kejadian di Bukit Tangga di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, lori muatan kosong yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama dua kelindan warganegara Bangladesh dari arah Seremban menuju ke Kuala Klawang, Jelebu. 

Menurutnya, sebaik sampai di jalan menurun Bukit Tangga, pemandu berkenaan hilang kawalan dipercayai mengalami masalah brek dan terbabas melanggar penghadang jalan di dinding bukit. 

“Akibat kemalangan tersebut pemandu yang berusia 50-an dan seorang kelindan warganegara Bangladesh berusia 30-an cedera parah dan kedua-duanya meninggal di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa yang terselamat telah dibawa ke Hospital Jelebu untuk rawatan. 

“Bedah siasat akan dijalankan pada hari ini di Hospital Jelebu. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Maslan lagi, pihak polis memohon kerjasama mana-mana pihak mempunyai maklumat kejadian tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi terus pegawai Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Jelebu, Sarjan Mejar Baharuddin Jamil di talian 010-7706864.” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya