Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM6,000

Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM6,000

DADAH yang dirampas polis semasa melakukan serbuan di jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kuala Krai, Kelantan kelmarin.-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Dua lelaki masing-masing bekerja sebagai buruh dan penoreh getah dicekup polis bersama dadah bernilai RM6,000 dalam serbuan di tepi jalan Kuala Krai-Gua Musang kelmarin.

Dalam serbuan pukul 10.20 malam itu, polis telah menjumpai tiga bungkusan plastik yang berisi 600 biji pil warna merah disyaki dadah selepas melakukan pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Waja dinaiki kedua-dua suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, salah seorang suspek yang ditahan dalam serbuan tersebut merupakan lelaki warganegara Thailand.

“Kedua-dua suspek ini berusia 36 tahun dan saringan air kencing yang dilakukan menjadi mereka positif dadah jenis methamphetamine. 

“Hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 4 Jun bagi membantu siasatan lanjut berhubung rampasan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya