DEWAN NEGARA: Kebebasan media bukan ‘lesen’ lapor berita

DEWAN NEGARA: Kebebasan media bukan ‘lesen’ lapor berita tidak tepat

Teo Nie Ching
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebebasan media bukan bermakna kebebasan yang tanpa hak untuk media melaporkan berita tanpa sebarang bukti yang tepat.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, kebebasan tersebut adalah masih berpandukan daripada peraturan yang ditetapkan oleh pihak industri sendiri, bukan kerajaan.

Dengan cara itu, jelas Nie Ching lagi, ia dapat menghakis persepsi orang awam yang kerajaan akan menggunakan kuasa untuk menyekat mana-mana laporan yang dilihat tidak cenderung kepada mereka.

“Kita nak peraturan itu datang dari pihak industri itu sendiri supaya tidak ada orang boleh salah guna kuasa, selalu ada orang risau, sebagai kerajaan, kita akan gunakan undang-undang sedia ada untuk mengekang kebebasan media.

“Tetapi, kalau peraturan itu dibuat oleh pihak industri sendiri, itu lebih adil dan juga boleh memastikan kepentingan untuk semua pihak. Bukan hanya untuk kerajaan, malah untuk orang awam dan semua pihak,” katanya dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Senator Datuk Dr. Dominic Lau meminta kementerian menyatakan mekanisme bagi mengawal media yang bertentangan dengan prinsip kebebasan media, kini sedang diusahakan kerajaan.

Mengulas lanjut, Nie Ching turut berkata, orang awam juga boleh mengemukakan aduan jika tidak berpuas hati dengan sesebuah laporan berita yang diterbitkan menerusi platform yang disediakan.

“Itu lah fungsi yang kami dari pihak kerajaan harapkan daripada media. Peraturan itu mesti ada kerana kebebasan itu bukanlah suatu yang tidak ada halangan, cuma ia perlu diguna pakai dengan lebih beretika untuk memastikan laporan itu adil dan peraturan yang datang itu adalah daripada industri yang lebih professional,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN