Bekalan telur, ayam susut sehingga 50 peratus bermula Ogos

Bekalan telur, ayam susut sehingga 50 peratus bermula Ogos

REAKSI sebahagian orang ramai semasa membeli telur ayam import dan tempatan yang dijual di Pasaraya Mydin Subang, Selangor, baru-baru ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan telur diramal merosot 50 peratus kepada 585 juta biji menjelang Disember, berikutan kegagalan menangani isu pokok masalah bekalan anak ayam serta dedak.

Satu sumber industri telur yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, bekalan telur seluruh negara dijangka merosot bermula Julai, dengan kemuncak kekurangan sumber protein itu pada Disember.

Sumber berkata, pada Julai, pihaknya difahamkan negara akan kekurangan 91 juta biji telur berbanding keperluan 942 juta biji sebulan.

Kata sumber, kekurangan bekalan itu dijangka turut berlaku sepanjang September (300 juta biji), Oktober (352 juta biji), November (265 juta biji) dan Disember (585 juta biji).

“Berdasarkan libat urus dengan kementerian dan agensi, pihak kami difahamkan bahawa data pengeluaran dan unjuran itu berdasarkan ketersediaan bilangan dan umur breeder semasa kutipan data dilakukan pihak kerajaan pada September 2022.

“Pada masa itu, kadar subsidi yang kami terima hanya 3 sen bagi sebiji telur. Dengan kadar itu, kami terpaksa mengurangkan bilangan breeder kerana kami tanggung kerugian besar selama pemberian subsidi pada kadar 3 sen selepas Jun 2022,” kata sumber.

Justeru, sumber berkata masalah pengurangan breeder tersebut menjadi faktor mendorong pengeluaran telur dijangka berkurangan pada bulan-bulan tertentu sepanjang tahun ini.

Sementara itu, negara juga diramal mengalami masalah bekalan ayam menjelang Ogos apabila semakan akhbar ini dengan wakil persatuan ternakan ayam di wilayah tengah Semenanjung, turut mengesahkan perkara itu.

Sumber berkata, di pihaknya juga dijangka berlaku kekurangan ayam di ladang sebanyak 33 peratus menjelang Ogos, didorong masalah bekalan anak ayam oleh kartel.

“Sesetengah kartel pembekal anak ayam, mereka punya stok ayam induk tuai (PS) yang bertelur itu sudah sampai had usianya.

“Mereka akan melupuskan atau culling PS itu sebagai ayam pencen. Apabila mereka lupuskan stok PS itu, maka bekalan anak ayam untuk kitaran akan datang akan menurun.

“Kalau kartel anak ayam berpakat seluruh negara untuk tidak memasukkan stok PS baru bagi menelurkan anak ayam, maka satu Malaysia akan menghadapi isu ayam dan telur kerana tanpa anak ayam, maka tiadalah ayam pedaging atau ayam penelur, ” kata sumber.

Menjelaskan lanjut, sumber industri ayam berkata, ada tiga peringkat PS di satu-satu ladang yang menghasilkan anak ayam.

“Mereka ada PS muda, pertengahan dan akhir. Apa yang saya dapat maklumat, jumlah PS akhir lazimnya menyumbang 33 peratus daripada penghasilan keseluruhan anak ayam di satu-satu ladang anak ayam.

“Jadi jika stok induk tuai ini dilupuskan menjelang Ogos ini, maka kita boleh bayangkan macam mana merosotnya bekalan anak ayam dalam tempoh dua bulan lagi. Ada kemungkinan menyusut 30 peratus seluruh negara,” kata sumber.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya