Bakar al-Quran: Hamzah gesa kerajaan panggil Duta Sweden

Bakar al-Quran: Hamzah gesa kerajaan panggil Duta Sweden

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa memanggil Duta Sweden ke Malaysia bagi menyatakan bantahan terhadap kejadian membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kejadian membakar kitab suci milik penganut agama Islam bukan pertama kali terjadi tetapi sudah berulang kali dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut  beliau, tindakan ekstremis dan biadab mesti ditolak serta dihentikan kerana ia jelas meransangkan rasa kebencian, perkauman, dan bertentangan dengan usaha-usaha antarabangsa.

“Saya sebagai Ketua Pembangkang mengecam sekeras-kerasnya tindakan ekstremis, biadab dan keji Salwan Momika yang membakar kitab suci al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden, semasa sambutan Hari Raya Aidiladha Rabu.

“Pada masa sama, saya dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional juga kecewa dengan sikap kerajaan Sweden yang membenarkan insiden tersebut walaupun sedar perbuatan Momika itu boleh mencetuskan perbalahan agama,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tindakan lelaki berasal dari Iraq membakar al-Quran mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadab itu dilakukan oleh dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Lapor Daily Mail, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan Salwan Momika yang membakar kitab suci itu.

Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya. Dia kemudian meletakkan hirisan bacon sebelum membakar kitab suci umat Islam itu.

Sementara itu, seorang individu yang bersama Salwan pula dilihat melaungkan kata-kata menggunakan alat pembesar suara.

Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata, kekecewaan dirasai apabila kerajaan Sweden sendiri membenarkan perbuatan tersebut dilakukan.

“Adalah malang apabila kerajaan Sweden sendiri tidak bertindak dengan sepatutnya dalam menyuburkan nilai-nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan terhadap ekstremisme apabila sekali lagi membenarkan insiden sedemikian berlaku di negara itu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya