Perancis enggan pandang mudah Sweden

Perancis enggan pandang mudah Sweden

DIDIER Deschamps. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Perancis tetap berwaspada menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Sweden awal pagi ini biarpun turun dengan reputasi sebagai antara calon utama menjulang trofi.

Skuad kendalian Didier Deschamps dijangka sekali lagi mempertaruhkan gandingan berbisa Kylian Mbappe, Ousmane Dembele dan Michael Olise yang sudah mencetuskan gerun selepas meledak banyak gol sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Deschamps bagaimanapun mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu yakin kerana Sweden akan tampil habis-habisan demi memastikan impian mereka di pentas Piala Dunia terus bernyawa.

“Sweden bermain untuk meneruskan kelangsungan mereka dalam kejohanan ini dan sudah tentu mereka akan melakukan apa sahaja untuk memenangi perlawanan.

“Kami perlu kekal merendah diri, mengekalkan semangat juang serta fokus kerana pada peringkat kalah mati tiada lagi peluang kedua jika kami melakukan kesilapan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Sweden, Graham Potter mengakui pasukannya berdepan tugas paling sukar setakat ini apabila perlu mengekang jentera serangan Perancis yang dianggap antara paling berbahaya di dunia.

“Mereka memiliki kualiti di setiap posisi, pernah menjuarai Piala Dunia dan dibimbing jurulatih yang hebat.

“Satu cabaran besar menanti kami dan kami perlu mempamerkan permainan terbaik dalam hidup jika mahu menewaskan Perancis,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN