ARAU: Seorang penoreh getah, Abdullah Ismail,54, sebak kerana terlalu gembira selepas anaknya memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Nur Alia Maisarah Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka membuat kejutan dengan datang sendiri ke kebun getah bagi menunjukkan keputusan semua A kepada bapanya yang sedang menoreh getah. Dengan keputusan tersebut membuktikan kesusahan hidup bukan penghalang bagi Nur Alia untuk cemerlang dalam pelajaran sekali gus menaikkan nama…










