Segulai sejalai cogan kata seluruh Malaysia -Anwar - Utusan Malaysia

Segulai sejalai cogan kata seluruh Malaysia -Anwar

ANWAR Ibrahim (dua dari kiri) menyempurnakan perayaan sambutan Gawai Dayak 2023 dengan upacara Ngirup Ai Pengayu (Gawai Toast), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.-UTUSAN/SYED HAZRUL AFIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Slogan atau cogan kata masyarakat Iban, ‘segulai sejalai’ akan digunakan di seluruh Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, beliau tertarik dengan cogan kata tersebut kerana ia melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Saya tertarik dgn ‘segulai sejalai’ , jadi pada malam ini, saya nk pastikan moto ini digunakan seluruh Malaysia.

“Maknanya di mana-mana saya pergi, bicara soal kesatuan, perpaduan, bekerjasama, perkuatkan, maka saya akan sebut ‘segulai sejalai,’ ” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 Sarawak di sini, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sambutan majlis tersebut yang bertemakan ‘segulai sejalai’ atau bermaksud berjalan bersama-sama membawa makna yang sangat besar.

“Ini kerana ia bertepatan dengan sambutan perayaan ke-60 kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia membolehkan rakyat Sarawak menghormati warisan, budaya dan kebebasan di negeri ini.

‘’Tema tersebut menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak sebagai tonggak untuk merealisasikan wawasan rantau ini ke arah kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar selaras Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030,” ujarnya.

Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri ditayangkan dengan pelbagai aktiviti berkait sambutan Gawai Dayak.

Satu daripadanya Ngirup Ai Pengayu (Gawai Toast), persembahan-persembahan khas, peragaan pakaian tradisional.

Untuk rekod, anggaran 2,000 jemputan hadir yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, ahli-ahli majlis Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak 2023, ketua-ketua masyarakat dan kaum, agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Kaum Dayak Sarawak.

Perdana Menteri selamat tiba di Kuching pada petang tadi untuk lawatan kerja singkat bagi memeriahkan Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023.

Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas pada jam 8:30 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11 malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya