Tiga beranak sesak daki gunung ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Tiga beranak sesak daki gunung ditemukan selamat

TIGA beranak yang sesat di kaki Gunung Lambak dibawa turun oleh pasukan menyelamat selepas ditemukan pada pukul 11.23 malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tiga beranak mengalami pengalaman mencemaskan selepas hampir empat jam gagal menemukan jalan pulang ketika mendaki Gunung Lambak melalui tapak perkhemahan Bukit Talula, dekat sini petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, mangsa terdiri, Loh Yeok Keong, 56, Lok Siew Koon, 53, dan Lok Hong Sheng, 12, dilaporkan memulakan pendakian pada pukul 4.23 petang sebelum turun semula pukul 6.30 petang. 

Keadaan cuaca yang agak gelap menyebabkan mereka gagal menemukan jalan pulang menyebabkan ahli keluarga membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Kluang dan dimaklumkan kepada pihaknya sebelum melancarkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 8.24 malam. 

Seramai 10 anggota bomba dan penyelamat yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Fadly Karim bersama-sama 11 anggota polis, dua anggota Pasukan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan dua orang malim gunung menyertai operasi itu.

“Kumpulan mencari dan menyelamat kemudiannya dibahagi kepada dua kumpulan dan semua mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan pada pukul 11.23 malam pada jarak 500 meter dari tapak perkhemahan berpandukan lokasi yang dihantar kepada pasukan menyelamat,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan kejadian dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya