40 beg tangan dikaitkan 1MDB dalam proses dilelong

40 beg tangan dikaitkan 1MDB dalam proses dilelong

Jaminan pinjaman 1MDB bernilai RM18.17 sehingga akhir 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 40 buah beg tangan pelbagai jemana yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dalam proses untuk dilelong. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan pelucuthakan harta di bawah seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap harta-harta hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Katanya, selain 40 buah beg tangan itu, kerajaan juga berjaya melucuthak  wang tunai serta wang dan faedah dalam akaun bank yang kesemuanya berjumlah lebih kurang RM66.96 juta yang disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM16.06 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Wang berjumlah lebih kurang RM66.96 juta yang disita oleh PDRM tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun amanah khas Kementerian Kewangan, manakala wang berjumlah lebih kurang RM16.06 juta yang disita oleh SPRM dimasukkan ke dalam akaun hasil Kerajaan. 

“Sebanyak 40 buah beg tangan yang telah dilucuthak masih dalam proses untuk dilelong,” katanya menurut jawapan bertulis Parlimen, semalam. 

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang meminta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah aset dan senaraikan jenis aset hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang Kerajaan telah berjaya melucutkan hak serta apakah akan terjadi kepada aset-aset itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya