38 projek sakit dikenal pasti di seluruh negara

38 projek sakit dikenal pasti di seluruh negara

ABDUL Rahman Mohamad (kiri) semasa sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 38 projek sakit daripada 717 projek yang sedang dalam proses pembinaan di bawah seliaan kementerian berkenaan di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek sakit berkenaan membabitkan beberapa kategori termasuk Projek Lebuh Raya Central Spine Road (CSR).

Menurutnya, projek berkenaan dikategorikan sebagai projek sakit kerana mengalami kelewatan melebihi 20 peratus.

“Bagaimanapun kita sentiasa memantau dan menasihati kontraktor agar dapat mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengelak daripada pembayaran denda sekali gus menjejaskan kontraktor yang terlibat.

“Punca projek mengalami kelewatan antaranya disebabkan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi projek bermula tahun 2019, kekurangan tenaga buruh dan isu lot tanah yang perlu dipindah milik ,” katanya pada sidang akhbar selepae Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, setakat ini, sebanyak 72 projek yang membabitkan fasiliti kesihatan sedang dalam pembinaan.

Katanya, keseluruhan projek berkenaan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, namun terdapat 27 projek daripadanya berjalan sedikit lewat, tetapi ia tidak dikategorikan sebagai projek sakit.

“Kita sentiasa menambah baik segala projek yang membabitkan fasiliti kesihatan termasuk melaksanakan Program Sijil Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) yang berlangsung di Melaka pada 29 Mei lalu.

“Kursus tersebut bertujuan untuk mewujudkan satu kriteria yang lebih ketat dan menyeluruh bagi pelantikan kontraktor khusus untuk projek fasiliti kesihatan demi memperkasakan infrastruktur sektor kesihatan negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya