SETIAP kali video tular mengenai insiden buli membabitkan budak sekolah, antara persoalan berlegar dalam fikiran ialah adakah institusi keluarga kita terlalu longgar sehingga budak hilang rasa empati sesama rakan sebaya, atau sistem pendidikan tidak mempunyai cukup masa untuk mengenal pelajar bermasalah?
Selepas tular satu video, timbul pula kes baharu. Selepas pihak atasan mengeluarkan kenyataan, beberapa minggu kemudian, semuanya kembali seperti biasa. Apa jadi dengan kes itu pun kita tidak tahu. Seolah-olah hanya menunggu mangsa seterusnya. Apakah generasi kita lahirkan menganggap kekerasan sebagai jalan mendapatkan kuasa?.
Buli bukan kesalahan disiplin semata-mata, sebaliknya membibitkan perlakuan jenayah. Hari ini dia berani memukul, memeras ugut, memalukan atau mendera rakan tanpa rasa bersalah, apa jaminan sikap itu tidak terbawa-bawa bila dewasa? Jika sejak di bangku sekolah mereka belajar kekerasan boleh dilakukan tanpa akibat serius, jangan terkejut jika suatu hari nanti mereka menjadi individu yang berbahaya kepada masyarakat.
Lebih membimbangkan, masih ada yang mempertahankan budaya buli atas alasan adat masuk asrama, budak-budak bergurau atau hendak mengajar junior. Sedangkan tanggapan inilah yang membajai keganasan. Jarang manusia jadi lebih baik selepas dihina, dipukul atau diaibkan, melainkan timbul rasa trauma, dendam dan kebencian.
Kementerian Pendidikan mendedahkan sebanyak 6,528 kes buli direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 7,681 kes pada 2024, dengan 5,689 kes melibatkan sekolah menengah dan 1,992 kes di sekolah rendah. Walaupun angka itu menurun kepada 2,889 kes pada 2025, tiada siapa boleh mendakwa negara bebas daripada buli. Angka ini hanya kes dilaporkan, berapa ramai pula memilih mendiamkan diri kerana takut dan tidak yakin dapat pembelaan?
Penguatkuasaan Akta Antibuli 2026 dan penubuhan Tribunal Antibuli harus dipuji. Namun, undang-undang tidak akan membawa makna jika masyarakat terus berkompromi dengan budaya menghina dan menindas. Ketegasan tidak boleh bermusim. Jangan hanya bertindak selepas ada nyawa yang melayang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sekali lagi menegaskan pihak pengurusan sekolah supaya tidak melindungi kes buli atau penderaan semata-mata untuk menjaga imej dan prestasi institusi pendidikan masing-masing.
Tindakan menyembunyikan kes memburukkan keadaan kerana masalah yang pada awalnya kecil boleh menyebabkan menjadi kezaliman lebih serius jika tidak ditangani segera.
Buli yang berlaku di sesebuah sekolah tidak bermakna institusi pendidikan itu gagal secara keseluruhan, sebaliknya insiden berkenaan perlu dilihat sebagai isu yang memerlukan tindakan segera. Keselamatan dan kesejahteraan murid perlu sentiasa menjadi keutamaan kerana ibu bapa menghantar anak masing-masing ke sekolah dengan harapan mereka berada dalam persekitaran yang selamat.
Lebih penting lagi, binalah benteng dari rumah. Anak-anak perlu dididik bahawa kekuatan bukan terletak pada kemampuan menakutkan orang lain, tetapi keberanian mempertahankan yang lemah. Sekolah mesti menjadi tempat paling selamat, bukannya lokasi yang meninggalkan trauma dan ketakutan.
Berhenti bertanya mengapa mangsa tidak melawan kerana soalan lebih penting, mengapa pembuli begitu berani dan mengapa terlalu ramai orang sekeliling memilih untuk menutup mata. Takkanlah setiap pelajar perlu diwajibkan pasang kamera badan semata-mata mencegah buli. Kalau ya berapa pula kosnya?.
Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Berita, Utusan Malaysia – UTUSAN
Pasang kamera badan jejak pembuli?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved