30 peratus bangunan bertingkat tidak diaudit keselamatan

30 peratus bangunan bertingkat tidak diaudit keselamatan

Runtuhan yang berlaku di IKIM mencederakan beberapa orang petugasnya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 30 peratus bangunan strata ber­tingkat di seluruh negara didakwa tidak diaudit keselamatannya secara menyeluruh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Inspektor dan Penyelia Keju­­ru­teraan (MEInSA), Wan Hishamrudin Wan Ahmad Kasbi berkata, kebanyakan bangunan dengan stra­ta bertingkat di negara ini merupakan bangunan yang sudah dibina lebih 10 tahun.

Katanya, berdasarkan pe­me­riksaan pihaknya mendapai kualiti bangunan-bangunan selepas lima hingga 10 tahun dibina agak teruk dan memerlukan pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti kerosakan.

“Dalam konteks bangunan di Malaysia yang tidak diaudit keselamatannya, kalau diikutkan, ada banyak. Saya boleh katakan dalam kira-kira 30 peratus daripada seluruh bangunan bertingkat di negara ini.

“Sebab kebanyakan bangunan sudah lebih 10 tahun, jadi biasanya mengikut undang-undang, bangunan lebih 10 tahun ini harus dibuat pemeriksaan semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Hi­shamrudin berkata, isu timbul apabila terdapat pemilik ba­ngunan enggan membuat pe­meriksaan berkala, men­dorong kesukaran mengesan kerosakan struktur bangunan.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada kuasa mengarahkan pemilik (bangunan) untuk buat pemeriksaan, tapi kadang-kadang mereka tak mahu buat. Maka, benda itu terlepas pandang.

“Tapi berdasarkan maklumat pihak kami, macam saya sen­diri ada juga memeriksa beberapa bangunan di Kuala Lumpur, memang kebanyakannya kualiti bangunan itu selepas lima ke 10 tahun memang agak teruk,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, bumbung Dewan Besar Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) runtuh menyebabkan lima petugasnya ce­dera.

Mengulas lanjut, Wan Hishamrudin berkata faktor keruntuhan bumbung atau mana-mana bahagian bangunan disebabkan struktur sesebuah bangunan yang berpunca akibat pemeriksaan yang tidak teliti.

“Faktor lain mungkin di­sebabkan bahan binaan yang digunakan serta workmanship. Mungkin kerana bahan binaan itu kurang berkualiti atau tidak mengikut prosedur (pembinaan) yag betul.

“Pada masa sama, mungkin juga didorong oleh penyelia yang menyelia sesuatu bangunan itu tidak menyelia dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Me­layu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, dua faktor mengakibatkan keruntuhan bumbung sesebuah bangunan termasuk kualiti kerja pembinaan serta faktor semulajadi yang tidak dapat dielak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×