151 pos kawalan PGA akan dibaik pulih

151 pos kawalan PGA akan dibaik pulih

AUKU
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 151 pos kawalan Pusat Gerakan Am (PGA) akan dibaik pulih di seluruh negara dengan peruntukan anggaran sebanyak RM45 juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kos tersebut adalah bagi penambahbaikan termasuk lantai reput dan keadaan pos yang daif. 

“Jadi RM45 juta adalah anggaran diperlukan dan kita optimis akan adakan bagi memulihkan logistik pos yang dapat diuruskan dalam masa terdekat ini. 

“Sebahagian ada macam kabin biasa, namun, kebanyakannya lantai sudah reput, maka dapat baik pulih dalam bentuk lebih selesa, lebih munasabah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas KPN dan Timbalan KPN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. 

Menurut Saifuddin, usaha penambahbaikan diperlukan ekoran pos kawalan yang ditempatkan di sempadan negara yang menjadi laluan penjenayah bagi pencerobohan serta penyeludupan dadah, senjata dan barang kawalan. 

“Banyak perbincangan dilakukan untuk menaik taraf serta membaiki keadaan sedia ada dalam menyediakan pos lebih selesa dan kondusif,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN