10 Ahli Parlimen dilantik pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas

10 Ahli Parlimen dilantik pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ke-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sepuluh Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang dilantik mempengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ke-15 (JKPK) bagi membantu menambah baik urusan kementerian-kementerian.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, jawatan kuasa itu akan membantu menteri dan kementerian mencari jalan penyelesaian bersama terhadap isu yang dibangkitkan. 

Katanya, mereka juga boleh membawa usul ke Dewan Rakyat sekiranya sesuatu isu itu memerlukan perbincangan dan perbahasan di Dewan Rakyat.

“Dua pegawai penyelidik sepenuh masa diberi kepada setiap jawatan kuasa ini. Kemudian peruntukan kewangan juga diberi kepada mereka untuk berfungsi lebih efektif. 

“Mereka juga mempunyai kuasa tertentu seperti apa yang dipersetujui dan boleh berhubungan dengan pihak yang mahu berurusan.

“Kita harap kewujudan jawatan kuasa ini akan menyelesaikan pelbagai masalah dan isu dibangkitkan dari semasa ke semasa. Saya yakin peranan aktif dimainkan oleh pengerusi dan jawatan kuasanya akan membawa natijah yang lebih untuk negara maju ke hadapan. 

“Mungkin ada isu yang selama ini terhalang untuk dibawa ke Parlimen dan mungkin dapat dileraikan. Ini salah satu reformasi yang sedang dilaksana, di samping reformasi lain yang sedang berjalan” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Parlimen hari ini. 

Mengulas lanjut, Johari berkata, jawatan kuasa itu akan diberi tempat untuk bertugas dan setiap mesyuarat yang diadakan nanti akan direkod dalam hansard.

“Apa juga diperkatakan direkod dalam hansard adalah hak milik kerajaan dan apa juga dikatakan itu akan diambil perhatian bukan saja kerajaan tapi juga menjadi urusan jawatankuasa untuk sediakan laporan atas isu yang mereka bawa, kemudian dibawa kepada dewan.

“Sekiranya pihak JKPK fikir ia harus dibahas, salah seorang ahli akan bangun dan meminta atau kemuka usul untuk dibahaskan, secara sendirinya laporan dibawa tadi menjadi bahan dibincang, didebat dan keputusan dibuat,” katanya.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi JKPK Kewangan dan Ekonomi dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula sebagai Pengerusi JKPK Kesihatan.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin sebagai Pengerusi JKPK Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab sebagai Pengerusi JKPK Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai Pengerusi JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Turut dilantik, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin sebagai Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim sebagai Pengerusi JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin pula dilantik Pengerusi JKPK Keselamatan; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sebagai Pengerusi JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sebagai Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI [email protected] IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya