Video kes anak mualaf tular, bukan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan - Utusan Malaysia

Video kes anak mualaf tular, bukan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan

MOHD. ROSLI YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Peguam Syarie Negeri Pahang (PPSNP) mengesahkan video membabitkan seorang anak mualaf yang tular di media sosial sejak 26 Mei lalu, tidak melibatkan prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Pengerusi PPSNP, Mohd. Rosli Yusoff berkata, kes yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai itu merupakan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Saya tegaskan perkara ini memandangkan terdapat kekeliruan dalam kalangan orang ramai yang menyangka kes ini berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

“Oleh kerana ibu kanak-kanak tersebut diwakili oleh peguam, pihak kami percaya bahawa peguam tersebut sudah dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kepentingan, hak ibu serta kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan tentang rakaman memaparkan seorang ibu dan anak berusia sembilan tahun terpaksa berpisah setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapanya.

Rakaman berdurasi 49 saat tular di Facebook itu, menyiarkan kanak-kanak terbabit merangkul erat tubuh ibunya sambil menangis teresak-esak sebelum mengikuti bapanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosli berkata, mana-mana pihak atau individu tidak seharusnya bertindak membuat sebarang bentuk tohmahan, komen dan spekulasi negatif yang tidak berasas terhadap institusi kehakiman dan perundangan dalam negara ini sama ada sivil mahupun syariah.

“Pihak kami menyeru agar semua pihak berlapang dada dan menghormati proses dan sistem kehakiman serta undang-undang di negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya