UMNO bincang hubungan dua hala, pelancongan bersama

UMNO bincang hubungan dua hala, pelancongan bersama Thailand

ASYRAF wajdi (tengah) bersama rombongan Gabenor Wilayah Yala dan pimpinan tertinggi wilayah selatan Thailand - FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO berbincang mengenai hubungan dua hala kerajaan Malaysia dan Thailand selepas menerima rombongan Gabenor Wilayah Yala dan pimpinan tertinggi wilayah Selatan negara tersebut di ibu pejabatnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan tersebut menyentuh mengenai sektor pelancongan yang dilihat menerima pelancong di sempadan Thai-Malaysia seperti di Betong dan Gerik.

“Daerah Betong sahaja menerima hampir seramai 200,000 orang pelancong sebulan dan dua juta orang setahun yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembangkan lagi sektor pelancongan di Malaysia.

“Terima kasih Mr. Anan dan rombongan sudi berkunjung ke Ibu Pejabat UMNO dan semoga hubungan ini akan terus terjalin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) memaklumkan rombongan tersebut terdiri daripada Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Thai seperti Ketua Polis Yala, Pengarah kastam, ahli-ahli persatuan perniagaan wilayah Yala termasuk Datuk Bandar Betong. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya