Tiga anak Loh Siew Hong kekal Islam - Utusan Malaysia

Tiga anak Loh Siew Hong kekal Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan tiga anak Loh Siew Hong masih beragama Islam.

Status pengislaman tiga ka­nak-kanak terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipertikaikan wanita terbabit yang mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa kebenarannya dan dilakukan secara unila­teral (sebelah pihak).

Menurut Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika membacakan penghakimannya, selepas memperoleh semua jagaan kesemua anak-anaknya, Siew Hong sendiri tidak pernah menafikan bahawa tiga anknya itu masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat Subuh.

Selain itu, Hakim Wan Ahmad Farid menyatakan, tiada bukti menunjukkan bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu telah ditukar semula agama mereka kepada Hindu ketika berada dalam ja­gaan ibunya.

“Oleh itu, demi kebajikan kanak-kanak itu, status quo (agama Islam) itu seharusnya dikekalkan,”katanya.

Hakim itu memutuskan demikian di Mahkamah Tinggi di sini semalam dalam pendengaran permohonan semakan kehakiman Siew Hong bagi mencabar pengislaman ketiga-tiga anaknya sekali gus memohon membatalkan pengislaman tersebut.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Per­lis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Menurut permohonan difailkan, wanita itu antara lainnya memohon agar anak-anaknyadiisytiharkan sebagai penganut agama Hindu dan akuan-akuan memeluk agama Islam kesemua kanak-kanak tersebut bertarikh 7 Julai 2020 dibatalkan.

Siew Hong turut memohon deklarasi bahawa bekas suaminya, M. Nagahswaran tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya dan ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak mempunyai keupayan di sisi undang-undang untuk memeluk agama Islam tanpa kebenaran daripada wanita terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN