Tiada lagi projek PR1MA sakit menjelang 2024 - Utusan Malaysia

Tiada lagi projek PR1MA sakit menjelang 2024

NGA KOR MING (belakang lima dari kiri) menghadiri Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi Kota Tinggi yang disempurnakan Onn Hafiz di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan tiada lagi projek sakit melibatkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menjelang tahun depan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sebanyak 17 projek sakit yang telah dikenal pasti dengan lapan daripadanya setakat ini telah siap sepenuhnya termasuk proses pemberian kunci.

Menurutnya, setakat ini sebanyak lapan projek sakit sudah siap dan kunci telah diserahkan, manakala tiga lagi dijangka disiapkan tahun ini serta bakinya pada tahun depan.

“Menjelang tahun 2024 memang tiada lagi projek sakit, ini merupakan komitmen kerajaan perpaduan Malaysia Madani yang sentiasa mengangkat martabat, menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi Kota Tinggi, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi: Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

Kor Ming berkata, antara projek sakit yang telah berjaya disiapkan ialah Residensi Taman Raia Sentosa dan Residensi Sitiawan Fasa 2 di Perak; Residensi Woodford Estate Fasa 1 dan Residensi Ranggu di Sabah, Residensi Seri Mahkota di Kedah dan Residensi Bandar Bukit Mahkota di Selangor.

Di Johor, projek Residensi Kota Tinggi dan Residensi Pelangi Indah serta Residensi Larkin Indah dijangka disiapkan pada suku ketiga tahun ini.

Beliau turut memaklumkan Residensi Kota Tinggi yang mempunyai 625 unit rumah teres serta dilengkapi fasiliti untuk kemudahan penghuninya seperti tadika, dewan serbaguna, taman permainan dan surau.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya