Syabu, ganja hampir RM200,000 dirampas, empat suspek ditahan - Utusan Malaysia

Syabu, ganja hampir RM200,000 dirampas, empat suspek ditahan

BAHRIN MOHD. NOH (dua dari kanan) menunjukan rampasan dadah daripada empat suspek dalam sidang akhbar di IPD Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lebih 3.5 kilogram syabu dan 500 gram ganja yang dianggarkan bernilai lebih RM195,000 dirampas daripada dua lelaki serta dua wanita termasuk seorang warga asing  pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kluang melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Delima 3, kira-kira pukul 1 petang dan berjaya menahan dua lelaki serta dua wanita berusia 26 hingga 34 tahun. 

“Kita turut berjaya merampas sebanyak 3,534.40 gram dadah jenis syabu bernilai RM194,393 dan 534 gram ganja bernilai RM1,500 dengan nilai keseluruhan RM195,898.

“Polis juga berjaya merampas sebuah kereta Proton Persona, sebuah Ford Fiesta dan wang tunai bercampur-campur RM158,150 menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM417,048 termasuk harga kereta dianggarkan RM63,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini. 

Menurut Bahrin, hasil semakan juga mendapati tiga suspek warga tempatan, masing-masing mempunyai tiga hingga lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. 

“Hasil ujian saringan air kencing, semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kini dikenakan tahanan reman selama enam hari bermula hari ini. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya. 

Siasatan masih dijalankan berkaitan modus operandi dan bekalan dadah diperoleh serta kawasan edaran yang mampu menampung keperluan kira-kira 7,070 penagih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya