Siti Bainun didapati bersalah dera Bella

Siti Bainun didapati bersalah dera Bella

Siti Bainun Ahd Razali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi mendapati pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali bersalah terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.

Hakim Izralizam Sanusi mensabitkan Siti Bainun, 31, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sebelum ini, Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mahkamah akan memutuskan hukuman sebentar lagi selepas pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan dan rayuan masing-masing.

Berita lanjut menyusul kemudian.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya