‘Saya berdiri atas kekuatan sendiri’

‘Saya berdiri atas kekuatan sendiri’

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, beliau tidak perlu menumpang populariti orang lain untuk kekal dalam dunia politik tanah air.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika dihubungi Utusan Malaysia itu berkata, beliau sentiasa berdiri di atas kekuatan sendiri sejak menceburi politik bermula dengan Pas.

Katanya, perkara sebegitu tidak sepatutnya dibangkitkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kerana kedua-dua mereka memiliki kisah tersendiri ketika membantu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik bangkit dalam dunia politik.

“Saya bukan nak ungkit tetapi ketika Muhammad Sanusi baru nak ‘naik’, saya yang canangkan kepada arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk lantik beliau sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar. Masa itu, Azizan cadang mahu jadikan bekas Setiausaha Pas Kawasan Jerai sebagai Setiausaha Politiknya.

“Saya kenal Muhammad Sanusi kerana kami sama-sama gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Institut Penggemblengan Pembangunan Komuniti (Impak). Beliau sebagai setiausaha dan daripada situ saya cadangkan beliau menjadi setiausaha politik kepada arwah Azizan.

“Tetapi hingga kini, tak ada pula saya ungkit cerita tersebut dan dakwa beliau tumpang populariti saya. Itu hakikatnya dan saya tak pernah nak tumpang populariti beliau dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Baru-baru ini, Muhammad Sanusi menyifatkan tindakan Mahfuz memainkan isu bayaran ganti rugi kes saman fitnah berjumlah RM120,000 sejak kebelakangan ini adalah semata-mata untuk menumpang popularitinya.

Dalam pada itu, Mahfuz secara sinis mengakui Muhammad Sanusi sememangnya sangat popular ketika ini sama seperti watak komedi ‘Mr. Bean’ yang kelakar dan pandai melakonkan pelbagai watak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN